Friday, January 29, 2016

Review: QUALITY HOTEL KUALA LUMPUR

Assalammualaikum.

Aku rasa 2016 ni akan jadi tahun review untuk semua hotel yang bakal aku terjah. Ini misi aku tahun ni. Nak try seberapa banyak hotel kat Malaysia ni. Tapi untuk permulaan aku akan explore dlm Melaka dulu. Apa-apa pun 1st hotel yang aku akan review kali ni adalah QUALITY HOTEL KUALA LUMPUR.

CHECK-IN: 26/12/15
CHECK-OUT: 27/12/15
BILIK: DOUBLE DELUXE
HARGA: RM230+ semalam



Hotel ni berdekatan dengan Sogo shopping mall. So kalau korang stay kat sini, adalah tempat shopping yang bole korang terjah. Ok, 1st impression aku bile tgk hotel ni. NO BAD la. Ok jugak. Besar pun besar tapi satu yang aku tak berkenan adalah parking lot dia. parking dia nak kata besar, tak pun. Seksa jugak la nk carik parking kosong. Maybe masa aku pergi tu ramai sangat orang tempah bilik kot. Tu yang parking takde.

Tu satu hal la, takde masalah besar pon. Cuma, dari parking tu nak ke lobby, langsung tak disediakan lift. Dahla kena naik 2 tingkat. Naik tangga plak tu. Kesian giler kat mak aku kena naik tangga. Dengan kaki sakit bertongkat lagi. Dengan kitorang yang terpaksa mengangkut trolley bag naik atas. Bayangkan betapa payahnya. Aku kalau mak aku tak ikut, itu lain cerita tapi bile babitkan mak sendiri ni, sakit hati la jugak. Sebab parking lot dia dekat bawah hotel, bahagian belakang. So, kalu nk jalan kaki ke depan hotel, memang seksala nak oii. So nak tak nak kena naik tangga tu jugak.

Aku rasa kalau dipertingkatkan lagi servis dia, hotel ni kira dah okla. Kalau boleh sediakanlah lift ke kan. Kalau bolehla.

Ok. stop bahagian parking. Bahagian lobby plak. Lobby dia takla besar mana. Kecik aje tapi selesa. Receptionist dia pun mesra. Alhamdulillah la. At least boleh hilangkan kebengangan pasal tangga tadi. Cume servis dorang cam lambat sket. Bukan apa, family aku book satu bilik ni tapi kitorang perlukan extra bed. Jadi masa daftar check in tu, kitorang dah request tapi tak dapat-dapat gak. Kitorang dah call 3-4 kali la jugak tapi tetap receptionist kata dorang tak dapat kol bahagian house keeping. Nak ikutkan bukan masalah kitorang pun. Last-last adik aku terpaksa tidur lantai je. Sedihkan.

Bilik dia takla kotor tapi takla bersih. Ok-ok je. Kalau nak bagi markah, aku bagi 2 bintang jela. Kalau korang tanya aku lain kali nak check in lagi tak. Jawab aku == tah la. Kalau tidur lebih semalam, tak kot. Tapi kalau setakat untuk tidur je, bolela.

Tapi aku pelikla. Lift dia takde butang ke tingkat 4. Sebenarnya tingkat 4 ni wujud ke tak. Haha. Maybe special kot tingkat ni. Sebab ada satu lift lain ni, ada je butang tingkat 4 tapi lift yang biasa aku naik ni takde pulak. Pernah jugak ternaik lift lagi satu tu. Rasa teringin nak tekan suh berhenti tingkat 4. Nak tau tingkat tu ada apa tapi tah..aku takut. Haha. Ok overall yang aku boleh cakap, hotel ni biasa-biasa je. Banyak yang perlu dipertingkatkan.

P/S: Ini pendapat peribadi aku. Lain orang, lain experience nya. So kipidap dont givap.

Wednesday, January 6, 2016

Cuti-Cuti Hujung Tahun 2015

Assalammualaikum

I'M BACKKKK!!!!
I'ts been 2 years now. Sekarang baru ada time nak post balik. Terlalu banyak benda yang berlaku dalam 2 tahun ni. Mokteh yang banyak tolong aku selama ni dah pergi mengadap Ilahi july tahun lepas. Semoga rohnya tenang disana. Aku takkan lupakan segala apa yang dia pernah tolong aku dan family aku selama ni.

Oh ya lupe. HAPPY NEW YEARS 2016 guys. Hopefully tahun baru ini memberi lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Amin. Semoga juga perjalanan hidupku dan rezeki ku menjadi bertambah baik. Untuk pengetahuan korang, aku dah berhenti dari tempat kerja lama aku tu setelah 10 tahun aku disana. Sebab aku tau rezeki aku ada ditempat lain dan alhamdulillah tempat baru sekarang lebih bagus.

Ok. Christmas hari tu me & family ade planning buat trip jalan2 pergi KL. It's not KL actually. It's more to putrajaya. Ya! sebab my sister duduk sana. So dah alang-alang cuti sana siap dah ade tempat tinggal sekali. Senang 2 in 1. Kitorang pergi 4 hari 3 malam. Nampak cam lamakan. Pegi Putrajaya je kot. Tapi sebenarnya takla 4 hari tu putrajaya je. Adalah tempat lain gak yang kitorang pergi. Kitorang pergi dari tarikh 24 Dec until 27 Dec.

First day,
Kitorang gerak ke putrajaya awal pagi. So senangla tuk jalan2 kat sane. Mula mula tempat yang kitorang singgah of course la yang sekarang sume orang duk cakap. SKYRIDE HOT BALLOON Putrajaya. Dia sebenarnya belon panas yang tergantung. Belon tu tak pi mana2 pon. Dia kat situ ja dan korang boleh tengok panorama putrajaya 360◦ views. Dia bawak korang naik atas sampai cecah 150 meter. So memang sesuai la untuk orang yang suka amik gambar.

Ok ni harga tiket tapi rasanya dah turun sikit harga dia jadi RM38 saje.

Ni belon dia, Besar kot. Teruja nak naik.

Ini smart. Dia guna botol kosong dengan tayar terpakai tuk buat benda ni. Memang creative.


Sebenarnya SKYRIDE ni bukan menjurus kearah hot balloon je. Banyak aktiviti yang korang bole buat kat sini. Contohnya dorang ada sediakan;
1) Zone B-Skywarrior
2) Zone C-Sky Demo
3) Zone D-Skykids
4) Zone E-SkyJuice
5) SkyDinner
6) SkyDessert
7) Sky Snack
8) Zone F-SkyGallery
9) Zone G-Skycruise
10) Zone H-SkyStage
11) Zone I-SkyArt

Banyakkan. Memang puaslah kalau korang gi sana.

 
  
 Visi 2020. Tun Mahathir ada tanam satu capsule bawah dia. Pada tahun 2020 capsule tu akan diambil semula dan dibaca.

 
 Sempat jugak kitorang naik cruise. Jalan2 atas air tengok pemandangan seluruh putrajaya. Sorang kena bayaran RM30 untuk dewasa.

--------------------------------------------------------------

Second day,
Let the picture say it all...

 
 Taman Botanikal Shah Alam. Pagi pagi dah sampai sini. Nak menghirup udara segar.
Sempat sewa beskal buat jalan2 satu taman. Penat seh kayuh tapi best giler.

Rumah 4 Musim



 I-Cityyyyyyyy yey


 

 
 


Third Day,

 

 
 

Last day, balik. Kitorang tak singgah mana2 pun. Tapi pengalaman 4 hari kitorang memang best la. penat pun ye jugak. Next time aku sambung lagi. 

Thanks yek sebab sudi baca.
 
Assalammualaikum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...