Friday, January 29, 2016

Review: QUALITY HOTEL KUALA LUMPUR

Assalammualaikum.

Aku rasa 2016 ni akan jadi tahun review untuk semua hotel yang bakal aku terjah. Ini misi aku tahun ni. Nak try seberapa banyak hotel kat Malaysia ni. Tapi untuk permulaan aku akan explore dlm Melaka dulu. Apa-apa pun 1st hotel yang aku akan review kali ni adalah QUALITY HOTEL KUALA LUMPUR.

CHECK-IN: 26/12/15
CHECK-OUT: 27/12/15
BILIK: DOUBLE DELUXE
HARGA: RM230+ semalam



Hotel ni berdekatan dengan Sogo shopping mall. So kalau korang stay kat sini, adalah tempat shopping yang bole korang terjah. Ok, 1st impression aku bile tgk hotel ni. NO BAD la. Ok jugak. Besar pun besar tapi satu yang aku tak berkenan adalah parking lot dia. parking dia nak kata besar, tak pun. Seksa jugak la nk carik parking kosong. Maybe masa aku pergi tu ramai sangat orang tempah bilik kot. Tu yang parking takde.

Tu satu hal la, takde masalah besar pon. Cuma, dari parking tu nak ke lobby, langsung tak disediakan lift. Dahla kena naik 2 tingkat. Naik tangga plak tu. Kesian giler kat mak aku kena naik tangga. Dengan kaki sakit bertongkat lagi. Dengan kitorang yang terpaksa mengangkut trolley bag naik atas. Bayangkan betapa payahnya. Aku kalau mak aku tak ikut, itu lain cerita tapi bile babitkan mak sendiri ni, sakit hati la jugak. Sebab parking lot dia dekat bawah hotel, bahagian belakang. So, kalu nk jalan kaki ke depan hotel, memang seksala nak oii. So nak tak nak kena naik tangga tu jugak.

Aku rasa kalau dipertingkatkan lagi servis dia, hotel ni kira dah okla. Kalau boleh sediakanlah lift ke kan. Kalau bolehla.

Ok. stop bahagian parking. Bahagian lobby plak. Lobby dia takla besar mana. Kecik aje tapi selesa. Receptionist dia pun mesra. Alhamdulillah la. At least boleh hilangkan kebengangan pasal tangga tadi. Cume servis dorang cam lambat sket. Bukan apa, family aku book satu bilik ni tapi kitorang perlukan extra bed. Jadi masa daftar check in tu, kitorang dah request tapi tak dapat-dapat gak. Kitorang dah call 3-4 kali la jugak tapi tetap receptionist kata dorang tak dapat kol bahagian house keeping. Nak ikutkan bukan masalah kitorang pun. Last-last adik aku terpaksa tidur lantai je. Sedihkan.

Bilik dia takla kotor tapi takla bersih. Ok-ok je. Kalau nak bagi markah, aku bagi 2 bintang jela. Kalau korang tanya aku lain kali nak check in lagi tak. Jawab aku == tah la. Kalau tidur lebih semalam, tak kot. Tapi kalau setakat untuk tidur je, bolela.

Tapi aku pelikla. Lift dia takde butang ke tingkat 4. Sebenarnya tingkat 4 ni wujud ke tak. Haha. Maybe special kot tingkat ni. Sebab ada satu lift lain ni, ada je butang tingkat 4 tapi lift yang biasa aku naik ni takde pulak. Pernah jugak ternaik lift lagi satu tu. Rasa teringin nak tekan suh berhenti tingkat 4. Nak tau tingkat tu ada apa tapi tah..aku takut. Haha. Ok overall yang aku boleh cakap, hotel ni biasa-biasa je. Banyak yang perlu dipertingkatkan.

P/S: Ini pendapat peribadi aku. Lain orang, lain experience nya. So kipidap dont givap.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...